prOmote mmDakwah..(^_^)




Pengalaman memang tak dapat dijual beli..keputusan untuk mengambil subjek Multimedia Dakwah berlaku di saat akhir sebelum habis minggu add and drop. sebelum ni memang tertarik dengan subjek ni, tapi jadual tidak mengizinkan kerana bertembung dengan jadual subjek Pembangunan Aplikasi Web di FSKTM..namun, dengan keizinanNya subjek tersebut telah di drop dan diganti dengan subjek FSKTM yang lain..


Pejam celik pejam celik, dah habis 14 minggu bersama pensyarah Ustazah Raudah Hj Siren, dan Tutor Cik Juwairiyah Hassan..banyak benda yang dipelajari tentang dunia production..memang best..sebenarnya dakwah bukan sahaja melalui lisan, tetapi tidak kurangnya melalui multimedia.


Disebabkan kami ni memang student yang belajar tentang multimedia even tak secara keseluruhan, semua ilmu yang dicurahkan oleh tenaga pengajar amat berguna buat kami di masa hadapan. Dunia luar semakin mencabar, so, tugas kte sebagai daie juga makin besar..melalui multimedia, ia menjadi salah satu wadah untuk kita berdakwah kepada masyarakat sejagat, namun...idea dan matlamat mesti jelas.

0 comments: