prOmote mmDakwah..(^_^)




Pengalaman memang tak dapat dijual beli..keputusan untuk mengambil subjek Multimedia Dakwah berlaku di saat akhir sebelum habis minggu add and drop. sebelum ni memang tertarik dengan subjek ni, tapi jadual tidak mengizinkan kerana bertembung dengan jadual subjek Pembangunan Aplikasi Web di FSKTM..namun, dengan keizinanNya subjek tersebut telah di drop dan diganti dengan subjek FSKTM yang lain..


Pejam celik pejam celik, dah habis 14 minggu bersama pensyarah Ustazah Raudah Hj Siren, dan Tutor Cik Juwairiyah Hassan..banyak benda yang dipelajari tentang dunia production..memang best..sebenarnya dakwah bukan sahaja melalui lisan, tetapi tidak kurangnya melalui multimedia.


Disebabkan kami ni memang student yang belajar tentang multimedia even tak secara keseluruhan, semua ilmu yang dicurahkan oleh tenaga pengajar amat berguna buat kami di masa hadapan. Dunia luar semakin mencabar, so, tugas kte sebagai daie juga makin besar..melalui multimedia, ia menjadi salah satu wadah untuk kita berdakwah kepada masyarakat sejagat, namun...idea dan matlamat mesti jelas.

:: Teknologi pendukung Dimensi CetusaN BerPena ::


:: Dahulu pena hanya berbicara di atas kertas tanpa mampu dikongsi sehingga ke seluruh pelusuk dunia. Kini kemampuan seseorang untuk mencurahkan apa yang ingin dikongsikan telah pun mengalami perubahan. Kini alam siber telah meningkatkan dimensi peredaran buah fikiran dan mencetuskan sedikit perubahan teras minda manusia untuk berpena di alam maya.

:: Memang wajarlah perkongsian idea itu mencerminkan identiti sesuatu bangsa. Menunjukkan setiap individu berhak untuk menentukan apa yang diinginkan tetapi perlu disandarkan kepada kekuatan iman dan ilmu yang benar. Berbicara bukan sekadar mengolah apa yang dirasa tetapi mencurahkan apa yang difikirkan baik untuk semua.

:: Komentar itu bukan sekadar mencari kesalahan tetapi mencari jalan penyelesaian. Itulah hebat berbicara diselangi dengan persoalan yang membantu kita dalam membuat pertimbangan yang sewajarnya..

:: HIKMAH ::
bernaung di bawah pena. Kalam itu sebagai saduran yang akan mengukuhkan pena.

:: HIKMAH ::
""KALAM BERBICARA DI BAWAH NAUNGAN HIKMAH""